Wednesday 4 April 2012

Apa Erti Kawan

                                         


Apa erti kawan ?Jika tidak suka menolong
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka

Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan

Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang

Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan


Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai



Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman ....
Kawan yang mulia ,
Kawan yang sebenar,
Kawan yang abadi..
ILMU...ILMU. ...IlmU.. .
ialah kawan yang sejati !


Di manakah letaknya
kejujuran,
Apakah sebenarnya erti
sebuah pengorbanan
Antara kuasa, cinta,
nafsu dan keinsanan... .


Meskipun pelbagai kesengsaraan
menimpa hidupmu..
walaupun kesakitan dan keperitan menjadi
bebanan ...
selimutkan semangatmu.. .
harungi lautan ini
demi matlamat yang kau cita2kan...


bumi neraka pernah kau lalui
bagai mimpi ngeri bagimu
bangunlah kawanku..bangun. ..



sebagai jasad yang berdiri di bumi bertuah ini
kuatkan dirimu...
teruskan langkahmu..
tabahkan hatimu....


lihatlah dunia....
pasti kau gembira dengan kejayaan anak bangsamu...















































Nie lah bwu d panggil ertinya kwn lam hidup kite, tnpa kwn kita xkn jd seperti ini :)....

No comments:

Post a Comment